Friday, February 11, 2011

Sahabatku



"Dalam dunia ni kt tdk m'punyai sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dlm kt bersendirian, kt beruntung ….
Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita …
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu….
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…
tetapi kita sering terlupa….
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kt terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga …Kadang-kadang kita terlupa …
sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..
RENUNGILAH.. .
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.





SAYANG KORANG SUME..

Sunday, February 6, 2011

4 tabiat pemakanan yang harus diamalkan

korang ni lau da makan,maen belasah je ea.xmo2 ye...meh cni tengok:

1. Makan apabila lapar. Skala kelaparan untuk makan yela bila korang rase agak lapar. Bukannya rasa nak makan walaupun perut korang tak lapar. lagi satu, makan sebelum sampai ke tahap kebuluran kerana kalau tak tubuh korang mudah dapat penyakit sebab tak cukup nutrisi yang diperlukan.

2. Makan apa yang diiginkan dan bukan mengikut perasaan. Korang kenelah kenalpasti apa yang korang nak makan.Camne nak kenalpasti? Otak korang akan sampaikan isyarat apa makanan yang korang inginkan. Contoh, korang nampak nasi ngan ayamgoreng depan mata, dan bnde tu wat korang terliur, maknanye korang nak makanan tu (dengan syarat korang memang da terasa agak lapar). Tapi lau kenyang lagi tapi nak sesuatu makanan, ini maknanya korang hanya mengikut perasaan je.

3. Makan tanpa ikut hawa nafsu. Minimum kunyahan adalah sebanyak 21 kali dan setiap kali di antara suapan tu korang kene letakkan sudu garfu atas pinggan.(lau makan pkai sudu la). Jangan makan tergesa2 sangat sebab nanti korang akan rasa lebih lapar dan makan lebih banyak.

4. Berhenti makan apabila sederhana kenyang. Kalau korang x berhenti, korang akan ambil makanan yang berlebihan dan pada tahap ini gak korang dah tak menikmati makanan tu. Ingat, mase ambil makanan atau letak makanan kat pinggan tu, letak dalam keadaan sedar. Jadi xla korang letak berlebihan.

Saturday, February 5, 2011

Tolong Ingatkan Aku-Ana Rafrali



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Friday, January 14, 2011

Majlis persandingan Ajin


Tanggal 19 disember 2010,berlandunglah majlis persandingan abgku Ajin dgn pasanganye Syarifah FaiziHalizah...Alhamdulillah,rmai y dtg...wlaupn penat tp mjlis bjalan lancar..huhu